Pages

Thursday, 9 May 2013

Cita-citaku ingin menjadi seorang PILOT.....

Assalamualaikum....kepada sahabat dan juga kenalan serta yang lain-lain...saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sedikit kisah hidup saya...kisah ini nak bagitau anda semua bahawa setiap apa yang kita impikan pasti kita dapat kecapi atau capai dengan izin Allah taala...tapi dengan syarat kita ada usaha untuk mendapatkan atau mencapai hajat dan juga impian kita...
Saya sejak kecil memang bercita-cita untuk menjadi seorang pilot ( juruterbang) sehinggakan apabila bunyi kapal terbang atau helikopter yang melalui di atas rumah saya...saya akan terus berlari dan tengok kapal terbang dan helikopter tersebut..setelah saya memasuki sekolah menengah...impian saya untuk menjadi seorang juruterbang telah terbantut semasa tingkatan 4...kerana masa tu saya tidak layak untuk masuk ke kelas aliran sains...kerana syarat nak jadi seorang pilot mesti ada fizik...saya cuba buat rayuan...akhirnya dapat kelas aliran sains tetapi kene tukar sekolah satu lagi di jalan bayam kota bharu,saya lebih rela untuk meneruskan di sekolah lama kerana ramai kawan-kawan yang telah saya kenali dan juga suasana sekolah tersebut membuatkan saya sayang nak tinggalkan sekolah tersebut..selepas itu..impian saya menjadi semakin pudar...tetapi selepas habis spm...saya pernah pergi ke lapangan terbang kota bharu kerana di sana ada satu kelab penerbangan yang menyediakan kursus untuk dapatkan lesen terbang..saya survey tengok dalam internet...antaranya...di batu berendam melaka dan langkawi....diringkaskan cerita...saya dapat tawaran belajar di salah sebuah ipta di negara ni...setelah berumur 23 tahun...baru saya dapat satu peluang untuk jadi pilot...tapi yang ni bukan bawa kapal terbang atau helikopter la...yang ni lagi best dan lagi selamat nak dibandingkan dengan kapal terbang dan helikopter...iaitu PARAMOTOR...saya mula mengenali Paramotor ni apabila ada seorang trainer,namanya En.Ilyas..dia merupakan salah seorang trainer dalam bidang ni...dia ada buka booth pameran untuk sape-sape yang berminat untuk buat lesen selama 3 hari 2 malam...dia bagi diskaun untuk student..tapi student...biasela kan...kami memerlukan duit untuk guna wat belanja harian kami...saya pun nak sangat-sangat tengok En.Ilyas terbang gune engin tersebut..saya bagitau dia...kalau En.Ilyas nak terbang mintak tolong bagitau saya ye...saya siap bagi no telefon dan ambik no telefon dia....last-last dia x ingat juga bagitau saya..huhu...nak ditakdirkan...saya nak keluar dari kolej menuju ke luar kampus...saya ternampak En.Ilyas bersama paramotor kat stadium...saya pun terus berhenti dan pergi tengok...En.Ilyas macam tak tergamak biarkan saya tersekat kerana xdapat tengok die terbang..padahal dia dh lipat semua dh payung...nak balik...tapi bile tengok saya ada...die mintak saya tolong dia buka balik payung...nak bagi saya tengok...subhanallah...selepas tengok En.ilyas terbang...saya rasa seronok sngat-sangat anadai saya dapat terabang seperti dia...huhu...selepas hari tu...saya selalu tengok kat youtube  video-video tentang paramotor...setelah beberapa lama x jumpa...saya telah menghantar mesej kepada En.Ilyas...saya nak terbang juga...setelah berbulan-bulan menunggu jawapan...akhirnya...alhamdulillah...saya berjaya terbang dengan paramotor...Subhanallah...sungguh menggembirakan .....jadi..sekarang ni...saya nak ajak mana-mana yang berminat atau bercita-cita nak terbang seperti seekor burung yang bebas ke mana-man...ayuh bersama-sama saya untuk dapatkan lesen dalam masa 3 hari 2 malam sahaja...lesen yang didiktiraf oleh DCA (Department of Civil Aviation )....jom...hubungi saya 019-4671096 (Khairuddin)

3 comments: