CARA, KEPERLUAN & KADAR BAYARAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN
PARAMOTOR : SPL & PPL RESTRICTEDSYARAT LAYAK MEMOHON:
# Warganegara Malaysia ATAU Mempunyai permit kerja (warga
asing)
# Berumur 16 tahun ke atas
# Lulus pilot medical chek-up class 2. (boleh dilakukan di
mana-mana hospital atau klinik yang menjadi panel DCA.Senarai boleh didapati
dari pihak DCA / rujuk pegawai akademi )
LANGKAH 1 : LENGKAPKAN BORANG (DCA Borang 1-SPL)
Sertakan:
4 keping gambar berukuran Pasport
salinan asal keputusan Pilot medical Chek-Up class 2
2 salinan kad pengenalan ATAU permit kerja + Pasport
1 salinan polisi insuran (sport PA-X game)
”STUDENT PILOT LICENCE (SPL )” akan dikeluarkan oleh pihak
DCA dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan.
LANGKAH 2: MENJALANI LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL ( 20 jam )
yang akan dijalankan oleh tenaga pengajar akademi. Sesi 20 jam perlu ditamatkan
dalam masa 2 bulan selepas SPL dikeluarkan = untuk calon yang belum menguasai
kemahiran
ATAU
Menjalani sesi penilaian penguasaan kemahiran oleh pihak
akademi = untuk calon yang menguasai kemahiran bukan dari tenaga pengajar
akademi & “ORANG LAMA”
LANGKAH 3: MENJALANI KURSUS PERSEDIAAN MENDUDUKI UJIAN PPL
- Wajib
diikuti oleh semua calon .
LANGKAH 4 : MENDUDUKI UJIAN PPL (TEORI DAN PRAKTIKAL)
Hanya calon yang lulus kedua-dua ujian (teori dan praktikal)
boleh memohon PPL (PRIVATE PILOTS LICENCE-RESTRICTED).Calon yang gagal boleh
mengulanginya. Selagi SPL masih dalam tempoh sah.
PPL akan dikeluarkan oleh pihak DCA dalam tempoh sebulan
selepas permohonan.
Pemegang SPL @ PPL perlu mempunyai LOG BOOK (boleh didapati
dari pihak akademi).Setiap kali PPL hendak diperbaharui, LOG BOOK adalah wajib
disertakan : untuk memperbaharui lesen PPL,calon boleh berurusan terus dengan
pihak DCA atau melalui pihak akademi.
KADAR BAYARAN:
PILOT MEDICAL CHEK-UP CLASS 2 = berbeza-beza mengikut klinik
POLISI INSURAN (SPORT PA-X GAME) = berbeza-beza mengikut
syarikat insuran
PROSES UNTUK MENDAPATKAN SPL = RM 70.00
LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL = RM 3,000.00 (termasuk
peralatan)
SESI PENILAIAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OLEH PIHAK AKADEMI = RM
150.00
= untuk calon yang tidak mempelajari kemahiran teori dan
praktikal dari pihak akademi atau “ORANG LAMA“
KURSUS PERSEDIAAN MENDUDUKI UJIAN PPL:
Calon yang mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak
akademi = PERCUMA
Calon yang tidak mengikuti latihan teori dan praktikal dari
pihak akademi = RM 250.00
MENDUDUKI UJIAN PPL = RM 350.00
Calon yang mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak
akademi boleh menggunakan peralatan akademi secara percuma.
Calon yang tidak mengikuti latihan teori dan praktikan dari
pihak akademi boleh menyewa peralatan pada kadar RM 100.00. kerosakan menjadi
tanggungjawab calon atau menggunakan peralatan sendiri.
PROSES PPL OLEH DCA = RM 350.00
PEMBAHARUAN TAHUNAN PPL OLEH DCA = RM 25.00
NOTA :
1) Pemegang lesen PPL yang layak boleh memohon kepada pihak
akademi untuk menjadi tenaga pengajar bertauliah.
2) Orang
Lama = mereka yang telah terlibat dan berkemahiran mengendalikan unit paramotor
sebelum 28 DISEMBER 2009.
Terbang bebas di udara...
- Lesen paramotor Malaysia dikeluarkan oleh pihak JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA ( DCA ).
- Mengikut undang-undang sedia ada,menerbangkan unit paramotor tanpa lesen yang sah adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Untuk mendapatkan lesen ini, seseorang individu perlu mengikuti latihan dari akademi penerbangan paramotor yang diiktiraf oleh pihak JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA ( DCA ).Syarikat PARAMOTOR RESOURCES adalah AKADEMI PENERBANGAN PARAMOTOR yang DIIKTIRAF oleh pihak DCA.
- Setiap permohonan lesen baru perlu dikemukakan melalui pihak akademi penerbangan.
- Pihak syarikat insuran yang melindungi aktiviti sukan ini ( X-GAME ) hanya akan berbuat demikian kepada pemegang polisi yang mempunyai lesen sah tempoh
No comments:
Post a Comment