Pages

Friday, 10 May 2013

Anda Bercita-cita untuk terbang bebas di udara seperti Helang? jom ikuti kursus untuk dapatkan lesen paramotor bersama pakar....



CARA, KEPERLUAN & KADAR BAYARAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN PARAMOTOR : SPL & PPL RESTRICTEDSYARAT LAYAK MEMOHON:


 # Warganegara Malaysia ATAU Mempunyai permit kerja (warga asing)
# Berumur 16 tahun ke atas
# Lulus pilot medical chek-up class 2. (boleh dilakukan di mana-mana hospital atau   klinik yang menjadi panel DCA.Senarai boleh didapati dari pihak DCA / rujuk pegawai akademi )
 LANGKAH 1 : LENGKAPKAN BORANG (DCA Borang 1-SPL)
Sertakan:
4 keping gambar berukuran Pasport
salinan asal keputusan Pilot medical Chek-Up class 2
2 salinan kad pengenalan ATAU permit kerja + Pasport
1 salinan polisi insuran (sport PA-X game)
”STUDENT PILOT LICENCE (SPL )” akan dikeluarkan oleh pihak DCA dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan.
 LANGKAH 2: MENJALANI LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL ( 20 jam ) yang akan dijalankan oleh tenaga pengajar akademi. Sesi 20 jam perlu ditamatkan dalam masa 2 bulan selepas SPL dikeluarkan = untuk calon yang belum menguasai kemahiran
ATAU
Menjalani sesi penilaian penguasaan kemahiran oleh pihak akademi = untuk calon yang menguasai kemahiran bukan dari tenaga pengajar akademi & “ORANG LAMA”
 LANGKAH 3: MENJALANI KURSUS PERSEDIAAN MENDUDUKI UJIAN PPL
-              Wajib diikuti oleh semua calon .
 LANGKAH 4 : MENDUDUKI UJIAN PPL (TEORI DAN PRAKTIKAL)
Hanya calon yang lulus kedua-dua ujian (teori dan praktikal) boleh memohon PPL (PRIVATE PILOTS LICENCE-RESTRICTED).Calon yang gagal boleh mengulanginya. Selagi SPL masih dalam tempoh sah.
PPL akan dikeluarkan oleh pihak DCA dalam tempoh sebulan selepas permohonan.
Pemegang SPL @ PPL perlu mempunyai LOG BOOK (boleh didapati dari pihak akademi).Setiap kali PPL hendak diperbaharui, LOG BOOK adalah wajib disertakan : untuk memperbaharui lesen PPL,calon boleh berurusan terus dengan pihak DCA atau melalui pihak akademi.
KADAR BAYARAN:
PILOT MEDICAL CHEK-UP CLASS 2 = berbeza-beza mengikut klinik
POLISI INSURAN (SPORT PA-X GAME) = berbeza-beza mengikut syarikat insuran
PROSES UNTUK MENDAPATKAN SPL = RM 70.00
LATIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL = RM 3,000.00 (termasuk peralatan)
SESI PENILAIAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OLEH PIHAK AKADEMI = RM 150.00
= untuk calon yang tidak mempelajari kemahiran teori dan praktikal dari pihak akademi atau “ORANG LAMA“
KURSUS PERSEDIAAN MENDUDUKI UJIAN PPL:
Calon yang mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak akademi = PERCUMA
Calon yang tidak mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak akademi = RM 250.00
MENDUDUKI UJIAN PPL = RM 350.00
Calon yang mengikuti latihan teori dan praktikal dari pihak akademi boleh menggunakan peralatan akademi secara percuma.
Calon yang tidak mengikuti latihan teori dan praktikan dari pihak akademi boleh menyewa peralatan pada kadar RM 100.00. kerosakan menjadi tanggungjawab calon atau menggunakan peralatan sendiri.
PROSES PPL OLEH DCA = RM 350.00
PEMBAHARUAN TAHUNAN PPL OLEH DCA = RM 25.00
NOTA :
1) Pemegang lesen PPL yang layak boleh memohon kepada pihak akademi untuk menjadi tenaga pengajar bertauliah.
2)            Orang Lama = mereka yang telah terlibat dan berkemahiran mengendalikan unit paramotor sebelum 28 DISEMBER 2009.



Terbang bebas di udara...
  1. Lesen paramotor Malaysia dikeluarkan oleh pihak JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA ( DCA ).
  2. Mengikut undang-undang sedia ada,menerbangkan unit paramotor tanpa lesen yang sah adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Untuk mendapatkan lesen ini, seseorang individu perlu mengikuti latihan dari akademi penerbangan paramotor yang diiktiraf oleh pihak JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA ( DCA ).Syarikat PARAMOTOR RESOURCES adalah AKADEMI PENERBANGAN PARAMOTOR yang DIIKTIRAF oleh pihak DCA.
  4. Setiap permohonan lesen baru perlu dikemukakan melalui pihak akademi penerbangan.
  5. Pihak syarikat insuran yang melindungi aktiviti sukan ini ( X-GAME ) hanya akan berbuat demikian kepada pemegang polisi yang mempunyai lesen sah tempoh









Thursday, 9 May 2013

Cita-citaku ingin menjadi seorang PILOT.....

Assalamualaikum....kepada sahabat dan juga kenalan serta yang lain-lain...saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sedikit kisah hidup saya...kisah ini nak bagitau anda semua bahawa setiap apa yang kita impikan pasti kita dapat kecapi atau capai dengan izin Allah taala...tapi dengan syarat kita ada usaha untuk mendapatkan atau mencapai hajat dan juga impian kita...
Saya sejak kecil memang bercita-cita untuk menjadi seorang pilot ( juruterbang) sehinggakan apabila bunyi kapal terbang atau helikopter yang melalui di atas rumah saya...saya akan terus berlari dan tengok kapal terbang dan helikopter tersebut..setelah saya memasuki sekolah menengah...impian saya untuk menjadi seorang juruterbang telah terbantut semasa tingkatan 4...kerana masa tu saya tidak layak untuk masuk ke kelas aliran sains...kerana syarat nak jadi seorang pilot mesti ada fizik...saya cuba buat rayuan...akhirnya dapat kelas aliran sains tetapi kene tukar sekolah satu lagi di jalan bayam kota bharu,saya lebih rela untuk meneruskan di sekolah lama kerana ramai kawan-kawan yang telah saya kenali dan juga suasana sekolah tersebut membuatkan saya sayang nak tinggalkan sekolah tersebut..selepas itu..impian saya menjadi semakin pudar...tetapi selepas habis spm...saya pernah pergi ke lapangan terbang kota bharu kerana di sana ada satu kelab penerbangan yang menyediakan kursus untuk dapatkan lesen terbang..saya survey tengok dalam internet...antaranya...di batu berendam melaka dan langkawi....diringkaskan cerita...saya dapat tawaran belajar di salah sebuah ipta di negara ni...setelah berumur 23 tahun...baru saya dapat satu peluang untuk jadi pilot...tapi yang ni bukan bawa kapal terbang atau helikopter la...yang ni lagi best dan lagi selamat nak dibandingkan dengan kapal terbang dan helikopter...iaitu PARAMOTOR...saya mula mengenali Paramotor ni apabila ada seorang trainer,namanya En.Ilyas..dia merupakan salah seorang trainer dalam bidang ni...dia ada buka booth pameran untuk sape-sape yang berminat untuk buat lesen selama 3 hari 2 malam...dia bagi diskaun untuk student..tapi student...biasela kan...kami memerlukan duit untuk guna wat belanja harian kami...saya pun nak sangat-sangat tengok En.Ilyas terbang gune engin tersebut..saya bagitau dia...kalau En.Ilyas nak terbang mintak tolong bagitau saya ye...saya siap bagi no telefon dan ambik no telefon dia....last-last dia x ingat juga bagitau saya..huhu...nak ditakdirkan...saya nak keluar dari kolej menuju ke luar kampus...saya ternampak En.Ilyas bersama paramotor kat stadium...saya pun terus berhenti dan pergi tengok...En.Ilyas macam tak tergamak biarkan saya tersekat kerana xdapat tengok die terbang..padahal dia dh lipat semua dh payung...nak balik...tapi bile tengok saya ada...die mintak saya tolong dia buka balik payung...nak bagi saya tengok...subhanallah...selepas tengok En.ilyas terbang...saya rasa seronok sngat-sangat anadai saya dapat terabang seperti dia...huhu...selepas hari tu...saya selalu tengok kat youtube  video-video tentang paramotor...setelah beberapa lama x jumpa...saya telah menghantar mesej kepada En.Ilyas...saya nak terbang juga...setelah berbulan-bulan menunggu jawapan...akhirnya...alhamdulillah...saya berjaya terbang dengan paramotor...Subhanallah...sungguh menggembirakan .....jadi..sekarang ni...saya nak ajak mana-mana yang berminat atau bercita-cita nak terbang seperti seekor burung yang bebas ke mana-man...ayuh bersama-sama saya untuk dapatkan lesen dalam masa 3 hari 2 malam sahaja...lesen yang didiktiraf oleh DCA (Department of Civil Aviation )....jom...hubungi saya 019-4671096 (Khairuddin)